- 3:13 PM - 0 comments
Perempuan, Isteri Dan Ibu...
Syukurlah hari ini aku masih bernafas dibumi Allah yang maha luas ini. Tak mampu aku ungkapkan betapa besar nikmat dan pemberiaan-Nya pada aku hamba yang lemah, miskin dan hina ini. Dengan rase tawadduk dan rendah hati aku mohon agar Kau berikan aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk aku terus sujud padaMu dan menggalas amanahMu Ya Tuhanku. Amin..
Aku bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan. Sebagaimana fiman Allah S.W.T ;
'Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuan, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya'.
Kehadiran seorang suami menjadikan aku sebagai seorang isteri. Syukur Ya Allah kerana memberi aku teman dan pasangan hidup yang menjadikan diri aku semakin sempurna.. Firman-Mu menyakinkan aku bahawa aku bertuah menjadi seorang isteri..
'Wanita yang taat akan suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.' begitulah besarnye ganjaran bagi isteri2 dimuka bumi ini..
sebut pasal nikmat Allah yang tak terhingga ini, teringat aku pada drama tv yg aku tengok baru2 ni.. kisah tentang seorang isteri yang menerima azab Allah akibat kecurangan terhadap suami dan kekufuran terhadap Allah S.W.T.. begitulah Allah memberi nikmat pada sesiapa yang dikehendakinya dan memberi azab sengsara kepada hambaNya yang alpa. SubhanAllah..
Dan kelahiran Adam memberikan aku satu lagi status yang tinggi darjatnya disisi Allah. 'Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Dan apabila seseorang perempuan itu mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala org yang berjihad pada jalan Allah.. Apabila seorang perempuan itu melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya...'
Teringat aku pada emak yang mengandung, melahirkan dan membesarkan aku adik beradik.. selama 9bulan dalam rahimnya, menyusukan aku dengan air susunya, menjaga dan mendidik aku sehingga aku sendiri menjadi seorang Ummi... betapa besar pengorbanan mak.. terkenang aku senyuman emak, gurauan dan leteran emak (walaupun sekali sekala 'angin berani mati aku datang nak menjawab leterannye).
bila semua kenangan tu datang rase aku taknak berpisah dgn mak selama2nye..
Aku perempuan, isteri dan ibu.....

0 Responses to "Perempuan, Isteri Dan Ibu..."
Post a Comment