Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh..

Baru2 ni aku dipanggil Interview kat sebuah badan berkanun. Aku sebenarnya dah pun menerima tawaran kerja kat satu syarikat baru dgn gaji yang lebih tinggi dari gaji aku sekarang. Tapi aku tetap menghadiri temuduga kerja kat badan berkanun tu dengan harapan gaji kat situ lebih besar dan peluang kerja yang lebih terjamin. Apa yang aku cari? Gaji yang lebih besar? Kerja yang lebih terjamin?

Sesetengah dari kita tak tahu apa yang patut kita mintak. Hampir semua kita begitu? Selalu kita mintak perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, kita tau ke apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita tak pasti adakah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Kan Allah itu Maha Adil, Allah itu Maha Mengetahui, Allah itu Maha Bijaksana.

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kengkadang mase kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita mintak. Ade orang doa mintak selamat. Akan tetapi Allah beri dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi hodoh. Camana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabaran sebenarnye.

Bila Allah tentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Kenapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita ade.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan buat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Aku sendiri mengalami perkara ini. Dan aku percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan?

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka mohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa izin dariNya.

Kini aku belajar untuk berkata cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman aku menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi aku, apa yang aku perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Subhanallah...

Didedikasikan khas buat suami tercinta.. semoga kita sentiasa bersyukur atas ape yang kita ade...

3 Responses to "Belajarlah Untuk Berkata 'Cukup'"

Anonymous Says :
June 11, 2008 at 11:10 AM

Hai Sayang. Da jdi blogger skang kan. Jgn lupa vote ank kita ye. vote bebyk. ha ha.

Anonymous Says :
June 11, 2008 at 3:01 PM

insaf sekejap..:)

Anonymous Says :
June 11, 2008 at 4:14 PM

Nice Advice syg. Semoga kita hidup dalam keadaan yg sentiasa mensyukuri nikmat-Nya. amin.

fais.

Post a Comment