Diari seorang Ummi


Infiniti kesyukuran aku panjatkan kehadrat Illahi kerana dengan izinNya maka aku dapat merasa pengalaman mengandung dan melahirkan cahaya mata pertama Muhammad Adam Harith.

Perasaan? Pastinya gembira dan sgt2 bersyukur. Nama yang indah ini telah Ummi dan Walid pilih seawal usia Adam 4bulan didalam rahim Ummi..

Kupanjatkan juga kesyukuran yang tidak terhingga kerana segala perit payah aku telah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Ketika ini baru aku sedar betapa besar pengorbanan seorang ibu dan betapa beruntungnya dipertemukan jodoh dengan suami yang sentiasa disisi ketika menghadapi saat2 getir antara hidup dan mati.

Syukur Ya ALLAH... kau lahirkan aku dari perut ibu yang begitu ikhlas mendidik aku sewaktu kecil, sehinggalah kehari aku sendiri menjadi seorang ibu..
Syukur juga ku panjatkan padaMu kerana kau temukan aku dengan suami yang bersifat Ehsan dan Penyayang..

Aku berdoa Kau kekalkanlah kebahagiaan yang aku perolehi ini. Aku sedar mereka semua adalah pinjaman buatku didunia ini...
Ampunkan aku kerana terlalu menyayangi mereka semua Ya ALLAH..

Sebagaimana Ummi selalu bacakan untuk Adam didalam perut Ummi... Ingin Ummi ulangi lagi pesanan Luqman pada anaknya...

"Wahai anakku, jgnlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."
"Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perkara yang mungkar dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara2 yang dikehendaki melakukannya"

'IBU KUKENANG, SUAMI KUSAYANG, ANAK KUTATANG'

0 Responses to "Diari seorang Ummi"

Post a Comment